Sabtu, 24 November 2012

Hampir 1 tahun benih kelapa matag tiada stok...hari ini 7/9/2014 benih kelapa matag sudah kembali, sesiapa yg berminat untuk mendapatkan anak benih kelapa matag boleh, TEL,SMS, atau WHATSAPP ken no 0195440517.

 


KELAPA MATAG ADALAH KELAPA YG TERBAIK MASA KINI.



   Dengan penjagaan yg rapi,baja yg cukup dan tanah yg sesuai hasilnya seperti gambar disebelah kiri ini.



KAMI ADALAH PEMBEKAL ANAK BENIH KELAPA MATAG DI KAWASAN UTARA

- Kami membekal kelapa matag baka yang asli.
- kelapa matag mempunyai isi yg tebal, pokok rendah, buah besar dan lebat,
- Sesuai untuk santan dan air kelapa muda
- juga sesuai untuk tanaman hisan dan komersial(ladang).
- Penjagaan yg rapi,baja dan air yg cukup tempoh matang (berbuah) antara 3 hingga 5 tahun.
-Kami juga membekal benih untuk petani2 yg ingin menanam secara komersial (ladang).


     HARGA KAMI SEKARANG CUMA RM16       
              SAHAJA SEPOKOK 

             Untuk tempahan dan keterangan 
        lebih lanjut hubungi saya(ishak)
                                    NO TEL:0195440517 
                          
                ALAMAT: TAMAN SERAI WANGI 2,  
                                         PADANG SERAI,KULIM KEDAH.





anak benih yg diambik dari tapak semain untuk 
dihantar kepada pelanggang yg telah menempah.
                            Ini adalah bukti  hasil penanam dari Pinang Tunggal, P.Pinang
                                            3 tahun lepas yang telah mengambil benih dari kami.


                                        Buah sulong,usianya 3 tahun 2 bulan,kelapa matag
                                       ini akan bertambah lebat selepas 4 dan 6 tahun keatas.
    

 SEDIKIT INFO MENGENAI KELAPA MATAG

Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan.  Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter.  Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.  Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA.

Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar.  Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).

Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang.  Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.

Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar.

Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal.  Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok).   Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.

Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA.  Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.

Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang.  Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan